blogskin


You have been here,welcome | Dashboard | +Follow

Wednesday 7 March 2012

doodles (my own)

Doodles yang simple


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEJSxIoWeJeyBWUjQeBaw9UrdmGc64_CjhQECIfcnEAvtiiD_tpqA_y_UrNI_-o4HDkUintFT_cN4JNZAJ9LRsJiN91_aLyTo7oiU_OU37BX91BAtO7WZlL-kjtIz4RE2c5Pb8QOiZPlVZ/s1600/doodles.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrcPtBjh13Zi9o6ci-8riYKFRVF_lR3lWO5PuBqaXBVLua02y_WLIql6S3mRzTOvqFzm2qUGc-DP_7Zt70hCbeJGimqmjNlE0o0-sYSsZZ_mwEIHXY-XokpwR8EBE6sPx3avyWLfc8bslF/s1600/doodles2.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRpviwuq8qFuqKcCYsTm-yHYs2TkvaDu6fUIeK70uB53BzhniDijEruoqz5CsRBe-dgUKva3lY4Vp9Pgn6qUwqki0nZlQ5uVIqzZifDuXKkBvT4KEUqQkcmBJc4RzShG0LcmjFWafAXBnF/s1600/doodles3.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggxFcYFmqqbXx17Te3xhQny97PX8Xr7W8QSdIuqimhyphenhyphenQEKEERzsbLlpU7oYrPEt8d5dM1KSfDBehkSmZ6p3zpD9r_SYA0BIaZW4YItGiTzboF0pbHg6ZFqOTNiFH_rzOIzRojVdFTQS5XS/s1600/doodles4.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjW91OqsemuNxCJkpFgO9T5W1Srd_2UcKpf9LBofoPgn2nd2ySZOk-G8p-W_lwu9SZsBFhHSu-AZE4mvkqT1V27c1uY4VKDlOGXCaxbIR6c0rSstcGf-ikdM3S-xV2HeMnCjdaCpe8L2hpl/s1600/doodles5.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgb7xbUNiNw6lUCQjiNJ5GsS8E6CLxy5IDGkoWeOtrys7dYpr6rb34flsgYLy05ejPMD5BQELttydLdz7Ga_5L_n679cIW8wrGlrdh7kZhq9h_I3zpTMgW6VrrUEM5jVMFtWs8OPB6-5-1/s1600/doodles6.png

Monday 5 March 2012

The best film ever


Mari! mari! mari! kita support cerita ini. nak tau kenapa kita mesti support cerita ini? Sebenarnya cerita ini orang kita yang buat. Orang kita itu siapa? siapa lagi kalau bukan orang Malaysia! Tidak percaya? Okay. Mari terus baca.

Seefood adalah produksi terkini daripada Silver Ant Sdn.Bhd dan merupakan animasi 3D filem inggeris. Pengarah cerita ini adalah Goh Aun Hee. Treler cerita ini juga telah mendapat pengiktirafan besar daripada luar negara.

Siapa tidak bangga bila filem kita mendapat sambutan hangat daripada seluruh negara seperti mana yang terjadi pada skuad bola sepak dan pemain badminton kita. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Anda bagaimana? :)

Sunday 26 February 2012

shopping

Saya bukanlah seorang yang kaki shopping tetapi kadang kala terpaksa juga membeli belah barang-barang keperluan. Kadang-kadang sampai tak sedar punyalah banyak duit kita gunakan untuk membeli barang-barang tersebut. Macam mana nak berjimat? Sila lihat tips untuk berjimat-cermat ketika keluar membeli-belah di bawah.

1) Elakkan bawa duit berlebih-lebihan. RM100 cukuplah. Kalau kurang lagi nilai duit yang kita bawa lebih bagus. Tapi jangan sampai tak bawak langsung ya? Risau pula jika berlaku kecemasan nanti.

2) Buat list sebelum bergerak menuju ke pasar raya agar kita tidak membeli barang-barang yang tidak penting dan membeli barangan yang sepatutnya.

3) Elakkan keluar membeli-belah bersama rakan-rakan kerana adakalanya rakan-rakan boleh menjadi faktor kita bebelanja secara berlebih-lebihan. "Produk ni bagus la, aku da try da hari tu. Memang bagus!" "Aku rasa yang ini cantik untuk kau. Sesuai sangat."

4) Setkan mind anda tentang tujuan anda ke pusat belih-belah tersebut. Selalu ingatkan diri anda tentang masa hadapan. Contohnya, "Kereta aku bulan ini tak bayar lagi." "Anak aku tak beli lagi buku sekolah." "Bil telefon tak bayar lagi."

5) Bila kita nampak barang yang kita berkenan tetapi tidak terlalu penting, cepat-cepatlah beredar dari kawasan atau kedai tersebut. Ia mungkin membuatkan ada sedikit menyesal tetapi mampu menyelamatkan duit anda.

Saturday 25 February 2012

Tips menghilang atau mengurangkan jerawat

Tengah bosan-bosan tak tahu nak buat apa, lalu saya 'membusy' kan diri dengan belek-belek website dan saya terjumpa artikal ini. TIPS MENGHILANGKAN ATAU MNGURANGKAN JERAWAT.

1) Membasuh muka sebanyak 2 kali sehari (bagi yang muslim automatik akan membasuh muka sebanyak 5 kali sehari sebelum menunaikan solat)

2) Sesuaikan kosmetik dengan kulit anda. Bagi saya bagi yang tidak pernah memakai sebarang kosmetik tidak perlulah mencari dan memakai barangan kosmetik kerana ia berkemungkinan akan meninggalkan kesan bahan kimia pada kulit anda. Manakala bagi yang pernah memakai barangan kosmetik dan meninggal kesan akibat tidak bersesuaian, maka anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar sebelum menukar produk yang lebih bersesuaian.

3) Hindarilah dari menggunakan barangan kosmetik secara berlebihan kerana ia akan meninggalkan minyak dan bahan kimia lain menjadi bakteria dan membentuk jerawat.


4) Perbanyakkanlah makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia memberikan vitamin yang diperlukan olen kulit terutamanya yang mempunyai vitamin E.

Friday 24 February 2012

taipan yang pertama

Sebenarnya this is not my first time berbloging. Tapi untuk account ini, yes it is. ini la post pertama dari saya. So I would like to wish welcome to this site. : )