Tengah bosan-bosan tak tahu nak buat apa, lalu saya 'membusy' kan diri dengan belek-belek website dan saya terjumpa artikal ini. TIPS MENGHILANGKAN ATAU MNGURANGKAN JERAWAT.
1) Membasuh muka sebanyak 2 kali sehari (bagi yang muslim automatik akan membasuh muka sebanyak 5 kali sehari sebelum menunaikan solat)
2) Sesuaikan kosmetik dengan kulit anda. Bagi saya bagi yang tidak pernah memakai sebarang kosmetik tidak perlulah mencari dan memakai barangan kosmetik kerana ia berkemungkinan akan meninggalkan kesan bahan kimia pada kulit anda. Manakala bagi yang pernah memakai barangan kosmetik dan meninggal kesan akibat tidak bersesuaian, maka anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar sebelum menukar produk yang lebih bersesuaian.
3) Hindarilah dari menggunakan barangan kosmetik secara berlebihan kerana ia akan meninggalkan minyak dan bahan kimia lain menjadi bakteria dan membentuk jerawat.
4) Perbanyakkanlah makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia memberikan vitamin yang diperlukan olen kulit terutamanya yang mempunyai vitamin E.
No comments:
Post a Comment