blogskin


You have been here,welcome | Dashboard | +Follow

Sunday, 26 February 2012

shopping

Saya bukanlah seorang yang kaki shopping tetapi kadang kala terpaksa juga membeli belah barang-barang keperluan. Kadang-kadang sampai tak sedar punyalah banyak duit kita gunakan untuk membeli barang-barang tersebut. Macam mana nak berjimat? Sila lihat tips untuk berjimat-cermat ketika keluar membeli-belah di bawah.

1) Elakkan bawa duit berlebih-lebihan. RM100 cukuplah. Kalau kurang lagi nilai duit yang kita bawa lebih bagus. Tapi jangan sampai tak bawak langsung ya? Risau pula jika berlaku kecemasan nanti.

2) Buat list sebelum bergerak menuju ke pasar raya agar kita tidak membeli barang-barang yang tidak penting dan membeli barangan yang sepatutnya.

3) Elakkan keluar membeli-belah bersama rakan-rakan kerana adakalanya rakan-rakan boleh menjadi faktor kita bebelanja secara berlebih-lebihan. "Produk ni bagus la, aku da try da hari tu. Memang bagus!" "Aku rasa yang ini cantik untuk kau. Sesuai sangat."

4) Setkan mind anda tentang tujuan anda ke pusat belih-belah tersebut. Selalu ingatkan diri anda tentang masa hadapan. Contohnya, "Kereta aku bulan ini tak bayar lagi." "Anak aku tak beli lagi buku sekolah." "Bil telefon tak bayar lagi."

5) Bila kita nampak barang yang kita berkenan tetapi tidak terlalu penting, cepat-cepatlah beredar dari kawasan atau kedai tersebut. Ia mungkin membuatkan ada sedikit menyesal tetapi mampu menyelamatkan duit anda.

No comments:

Post a Comment